weeeee LOVE

Friday, October 15, 2010

sebabnya cuma satu


Kadang-kadang, kehidupan ni membuatkan kita rasa nak mengalah. Tapi, bila kita fikir balik, kehidupan ni yang akan buat kita kuat. Yang buat kita sedar, di mana kita berada. Yang buat kita rasa, kita ni di alam nyata. Bukan angan-angan, bukan mimpi.

Sejauh mana pun kita berjalan, seluas mana pun pemandangan, kita tetap takkan lari dari satu benda ni; DUGAAN. Betul tak? Sebab tanpa DUGAAN, tak bermaknalah apa yang kita kerjakan. Tak bermaknalah apa yang kita kejarkan. Namun, kadangkala kita tewas. Tewas melawan DUGAAN. DUGAAN ni ada bermacam jenis. Contohnya:

"Kenapa kau mudah menangis?"
"Kenapa kau cepat maafkan orang?"
"Kenapa kau suka cerita benda baik pasal orang yang jahat dengan kau?"
"Kenapa kau lemah sangat bila dengan lelaki yang kau sayang?"
"Kenapa kau senyap lepas tu kau macam berdendam?"
"Kenapa kau berani lawan bos kau?"
"Kenapa kau susah jatuh cinta?"
"Kenapa kau itu, kenapa kau ini"

Jawapannya, nak tahu?
Kerana AKU PEREMPUAN.
Sebab itu kadang-kadang aku lembut hati. Dan sebab itu aku selalu percaya pada KARMA.

Seronok kan jadi PEREMPUAN kawan-kawan? ^____^




>peace<

No comments: